Kurikulum

TUNJANG KURIKLUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
Pendidikan prasekolah terdiri daripada 6 tunjang yang utama iaitu:
  1. Komunikasi – Kemahiran berbahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Cina & Tamil
  2. Kemanusiaan – Ilmu dan amalan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Penghayatan semangat patriotisme & perpaduan.
  3. Sains & Teknologi – Pendekata Inkuiri, pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik. Pengetahuan dan kemahiran matematik, penyelesaian masalah dan ICT.
  4. Perkembangan Fizikal & Estetika – Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat  dan apresiasi.
  5. Ketrampilan diri – Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  6. Kerohanian, Sikap & Nilai – Amalan agama dan kepercayaan, sikap & nilai.

MASA DAN WAKTU PEMBELAJARAN
  1. Kelas bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 petang setiap hari.
  2. Waktu P&P pendidikan prasekolah adalah 1500 minit seminggu termasuk 300 minit bagi kelas pintar Quran.
  3. Waktu P&P pendidikan prasekolah dibahagikan kepada 600 minit bahasa Melayu dan 600 minit bahasa Inggeris bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan murid prasekolah.
  4. Masa tambahan selama 1 jam pada setiap hari bermula pada pukul 7.45 – 8.45  pagi adalah untuk kelas Kurikulum Khas Pintar Quran.
CADANGAN PERUNTUKAN WAKTU P&P PRASEKOLAH
Bil
Modul
Peruntukan Masa Seminggu (Minit)
Aktiviti Rutin (lebih kurang 30% daripada masa P&P
1
Rutin pagi
50
2
Perbualan pagi
100
3
Rehat
150
4
Refleksi sebelum balik
50
Jumlah
350
Modul Asas (lebih kurang 35% daripada masa P&P
4
Bahasa Melayu
90
5
Bahasa Inggeris
90
6
Pendidikan Islam/Moral
120
7
Aktiviti Luar
80
8
Matematik
40
Jumlah
420
Modul Bertema (lebih kurang 35% daripada masa P&P)
9
Modul bersepadu merangkumi elemen-elmen daripada keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik.


Jumlah
430
Jumlah Seminggu
1200