Isnin, 17 November 2014

Graduasi Prasekolah 2014

Tarikh : 17 November 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Firdaus, SKPM

Seramai 32 orang murid 6 tahun prasekolah telah berjaya menamatkan pendidikan prasekolah pada tahun ini. Majlis graduasi murid-murid 6 tahun ini disempurnakan sempena hari kualiti kecemerlangan sekolah. Seramai 20 orang murid juga telah dipilih untuk membuat persembahan nyanyian "Terima Kasih Guru" sempena majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga beberapa anugerah khas juga diberikan kepada murd-murid yang berjaya mendapat kedudukan 1-3 di dalam kelas bagi kedua-dua kelas. Selain itu anugerah murid harapan 5 tahun juga diberikan kepada murid 5 tahun harapan dari kedua-dua kelas.